Monday, June 17, 2013

Terkhianat

Pernah rasa dikhianati??
Tahu apa rasanya??
Hari-hari kita pasti tertanya-tanya...
kenapa? kenapa? dan kenapa??
Manusia ini banyak rasa...
Suka sangat ada perasan hasad dengki setiap masa...
Tak boleh tengok orang lain lebih bahagia...

Aku rasa dikhianati...
Malahan teman sendiri...
Tikam belakang tanpa aku sendiri sedari...
Tiba-tiba saja semua sudah jadi macam ni...
Agaknya dia rasa dia hebat sebab berjaya hancurkan hati...

Kenapa kau tergamak??
Apa kau tiada perasaan??

Cuba kalau orang rampas apa yang kau ada...
Apa kau mampu menahan rasa duka dalam jiwa??
Aku rasa kau gila agaknya...
Jangankan perasaan...isi perut pun belum tentu ada...

Aku harap kau bahagia...
sebab berjaya membuat sekeping hati terluka...
Kau boleh ketawa...
Tapi ingat balasan Tuhan itu ada...
DIA boleh bayar bila-bila masa...

Oh ya...
Terima kasih banyak-banyak...
Walaupun muka kau aku rasa nak lanyak-lanyak...
Rasa nak pijak-pijak...
Tapi aku bukan begitu orangnya...

Yang patut simpan dendam dan benci itu aku...tapi aku pilih untuk memaafkan kamu...

Friday, June 14, 2013

Sabarlah Hati...

Saat Kau datang dalam hidupku
Ku sangka ini cinta terakhir
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung


Menari aku dengan gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis


Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku


Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu


Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dalam gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis


Meski hati sering dilukai
Takkan menyerah aku mencari cinta 


Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku


Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu


Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang lah jiwa…

Sabarlah wahai hati..
Jangan menangis..



---Song by Elly Mazlien----

buat semua insan yang pernah terluka dan diluka...semoga hati kalian terus tabah...kalaulah SETIA itu bukan satu pilihan tapi satu kemestian...ku yakin tidak akan ada hati yang terluka perit begini....

Tuesday, June 11, 2013

Dulu Ayah...Sekarang Giliran Aku...

Dulu aku ingat lagi...
Tiap kali hujung minggu ayah yang datang ke asrama...
Hati aku pasti berasa bahagia...
Apa tidaknya berjauhan dari ayah mama...
Terasa amat perit dan siksa...
Kalau datang tak pernah tangan kosong...
Pasti bawa bekal bersama...
Apa saja kesukaan aku pasti diusung...

Masih aku ingat lagi...
Tiap kali hujung minggu...
Aku pasti tunggu depan pintu...
Menanti nama aku di umum...
Aduh!!Terlalu rindu...
Cepatlaa...aku tak sanggup lagi tunggu...

Sekarang bila aku dah kerja...
ayah pula yang sambung belajar...
Nak naik pangkat katanya...
Kenalah belajar sambil tambah ilmu di dada...
Kalau dulu hujung minggu saja ayah dan mama yang datang...
Sekarang giliran aku pula datang bertandang...
Walaupun jauh jaraknya takku hitung...
Apa aku peduli janji aku dapat jumpa kekasih hati...
Ayah...dia sentiasa di hati....
Aku sayang ayah sampai mati...

Kelakar...
Kalau dulu ayah yang selalu pesan...
"Angah belajar rajin-rajin biar dapat grad dengan cemerlang,"
Sekarang giliran aku pula...
"Ayah...belajar rajin-rajin biar naik pangkat...kami pun bangga..."
Aku senyum...
Aku gembira...
Aku kagum...
Ayah memang kuat berusaha...
Walaupun sudah berusia...
Jiwa dia tetap muda remaja...

Ayah...
Kami sentiasa berdoa agar ayah berjaya...
Ayah pembakar semangat kami juga...
sayang ayah selamanya...
tiada ganti...tiada dua...tiada tiga...




Orang baling batu pun dia bagi bunga

pelik perangainya...
kenapa sabar sangat dia ni?
kenapa pemaaf sangat dia ni?
kenapa mudah lupa dia ni?

awak...
walaupun orang dah sakitkan hati dia...
walaupun orang dah toreh hati dia...
walaupun orang dah buat dia macam sampah...
dia masih boleh senyum dan masih boleh cakap...
"Saya okay saja..."
dia masih boleh cakap...
"takpe..saya maafkan awak...

awak...
dia doakan awak bahagia...
dia sakit tak mengapa...
janji awak gembira dan sentiasa ketawa...

Monday, June 10, 2013

Dia rasa dia dah gila...

Hari-hari dia mengadu...
Hari-hari dia bercerita...
Dia cakap dia rasa dirinya dah gila...
Apa dia buat semuanya nampak awak saja...
Dia toleh dinding dia nampak awak punya senyum manja...
Dia pandang tingkap dia nampak awak melambai pada dia...
Awak...
Dia memang dah gila...
Penangan terlalu cinta katanya...
Walaupun sebenarnya kisahnya sudah berakhir sekian lama...
Tapi dia tak pernah anggap semuanya berakhir...
Ya awak...
Dia sudah gila...
Dia mengaku dia gila...
Gilakan awak katanya...

Saturday, June 8, 2013

Antara nak makan maggie ataupun nasi

kadang-kadang nak makan pun aku serabut nak buat pilihan...
Antara nak makan maggie mahupun makan nasi...
Terlalu menebal rasa malas dalam diri...
Lantas memilih untuk makan saja maggie kari...
Padahal nasi lebih mengenyangkan...
Biasalah hidup ni semua nak senang..semua nak mudah...
Lebih rela makan maggie dari makan nasi...
Kalau ku pilih nasi pasti kena ada lauk sekali...
Nak tunggu siap semua kebulur perut ni nanti.....
Sama macam hidup zaman sekarang ni...
Kenapa??
Cubalah kau fikir sendiri...




**zaman sekarang semua nak senang...tanpa peduli, kadang-kadang nak kecap kesenangan dan keselesaan kena lalui jalan yang panjang...kita belum tentu akan dapat apa yang kita hajati walaupun lalui jalan yang singkat...samalah macam makan maggie, sekejap saja kenyangnya..malam nanti pasti cari nasi...***

Tangisan Sebuah Kesetiaan (Bab 3)

BAB 3
Pagi-pagi lagi telefon bahagian khidmat pelanggan tidak henti berdering. Itulah rutin hariannya, menjawab segala panggilan, menyiapkan segala report mingguan. Hari ini semangatnya lain macam saja, khusyuk menyiapkan segala kerja yang dirasakan tertangguh dua minggu yang lalu.
“Wah, Reen…semangat nampak harini,”
Sapaan rakan sekerjanya yang lebih mesra dipanggil Kak Mimi mematikan fokusnya buat seketika.
“Eh, Reen hari-hari pun semangat Kak Mimi. Akak je yang tak perasaan,” Lebar saja senyumannya harini. Ya, dia mampu tersenyum kembali.
“Minggu sebelum ni, akak nampak Reen macam hilang semangat. Asyik termenung je depan monitor tu, bila customer call pun Reen angkat layan tak layan saja. Akak perasan, tapi saja malas nak tegur,”
“Hehe, biasalah cukup bulan kan,” Selorohnya, kalau boleh tak mahu ungkit kisah duka itu lagi. Biarlah dia saja yang tahu.
“Kak Mimi! Reen!” Suasana yang sederhana hingar itu ditambahkan lagi bingitnya dengan jeritan Farrah dari jauh.
“Kau dah kenapa Farrah? Nampak hantu ke?” Soalan yang sedikit berbaur sinis daripada Kak Mimi.

“Good News! Finally kita akan dapat boss baru!”
“Boss baru? You mean Assistant Manager yang baru?”
“Yup! You right my dear Qaireen!”
“Okay, so? Kenapa kau excited sangat? I thought you’re engaged already?”
“My Qaireen…too handsome to handle okay!”
“Nenek kau! Aku bagitau Mirza nanti, mahu menangis tak berlagu,”
“Alaaa Kak Mimi ni, janganlah macam tu,”
“Bila dia nak masuk sini Farrah?” Soal Qaireen, melayan si Farrah yang sedang beria dan begitu hebat sekali nak menghebahkan kedatangan boss baru.
“Tadi si Badrul bagitau aku, petang ni waktu management meeting nanti. Kali ni semua kena ada, sebab our manager nak kenalkan our new Assistant Manager,”
“Semangat sangat kau ni…dahlah Farrah, malas aku nak layan kau ni,”
“Hey…aku tak suruh kau layan aku pun Reen,”
“Eh, Farrah…baik kau sambung buat kerja kau, ni phone pun tak stop membingit tau tak,”
“Baik Kak Mimi,”      

Handsome sangat ke? Sampai si Farrah tu melompat macam tu sekali. Lantaklah! Peduli pula aku, baik aku siapkan semua kerja aku ni. Malaslah nak stay lama-lama dekat pejabat, malam ni dah janji nak family dinner dengan mama, papa, abang Iqlas. Dah lama sangat tak dinner sama-sama.
            Tepat jam 2.00 petang, kesemua pekerja Charisma Records Management Sdn.Bhd mula berkumpul memenuhi ruang bilik mesyuarat. Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran orang baru yang khabarnya memang Mr. Perfectionist.
 “Baiklah semua, thank you for your time today. Seperti yang kita dah sedia maklum, harini kita nak alu-alukan kedatangan ahli baru team kita…Encik Farish Farhan, our new Assistant Manager bahagian Pengurusan operasi dan khidmat pelanggan,” Pengurus bahagian Khidmat Pelanggan dan Operasi, En.Balan membuka tirai petang itu dengan memperkenalkan penolong pengurus yang baru.
Tepukan gemuruh mula memenuhi ruang bilik mesyuarat petang itu. Sebaik saja nama diperkenalkan, mata semuanya mula tertumpu pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang berkulit sawo matang, rambutnya pula kemas walaupun tak ubah seperti potongan seorang pemain bola. Badannya tegap, tinggi lampai, senyuman cukup lebar dan bisa mencairkan hati mana-mana wanita, anak mata yang berwarna sedikit coklat jernih jka direnung mampu menggugat segala hati.
Qaireen pula khusyuk melayan game di dalam telefon bimbitnya, malas mahu ambil tahu segala apa yang sedang terjadi di dalam bilik meeting petang itu. Cukuplah dia sekadar tahu nama boss barunya dan bagaimana rupa tuan empunya badan.
Not bad, handsomelah juga.
Dia cuma mampu mencebikkan bibirnya di saat lelaki itu berdiri dan mula memperkenalkan dirinya. Dibiarkan saja lelaki itu bercakap mengenai dirinya sehingga ke nokhtah terakhir.
Hampir tiga jam mesyuarat berlangsung selain daripada agenda utamanya adalah memperkenalkan Assistant Manager yang baru, setiap staff daripada bahagian khidmat pelanggan, operasi, marketing, sales akan tampil membentang isu-isu yang berbangkit dan menyelesaikan setiap masalah yang ada.
Selesai saja mesyuarat dan disaat semuanya bersurai, Firash mula bertemu dengan setiap pekerja di bahagian operasi dan juga khidmat pelanggan. Cuba menghafal setiap nama yang ada, sebolehnya dia mahu ingat semua orang yang bekerja di bahagian itu, tambahan pula dia penolong ketua pengurus. Seharusnya dia lebih mengenali pekerjanya.
Bila tiba giliran Qaireen, dia lihat wanita itu khusyuk mengadap monitor, jemarinya laju saja menaip setiap perkataan tanpa henti.
“Hai…saya tak tahu pula dalam pejabat ni ada transformer perempuan,”
What?! Transformer??suka hati kau ajelah nak panggil aku macam tu.
“Sorry???” Saat ini dahinya mula berkerut tanda tak puas hati.
“Tadi dalam bilik meeting, saya perasan awak khusyuk sangat main handphone,”
“Jangan risau, telinga saya tak rosak lagi…saya dengar je apa yang En.Firash cakap,” Senyumnya sinis, yang pastinya jemarinya masih lagi pantas menekan papan kekunci.
“I’m watching you Qaireen,”
“Baik Boss,”
Tahu pula dia nama aku, ingat aku takut sangat dengan kau?? Nak main ugut-ugut pula dengan aku. Kau tu Assistant Manager je pun, jangan nak berlagak dengan aku mentang aku baru setahun kerja dekat sini.
Qaireen kembali menumpukan perhatian pada kerja-kerjanya yang tertangguh. Malas mahu melayan boss barunya. Walaupun dia tahu lelaki itu sedang memerhatikannya dari bilik pejabatnya.
Tengok…tengok…aku cungkil biji mata tu baru tau. Baru masuk harini dah cari salah aku. Menyampah betullah dengan orang bajet perfectionist ni, rimas kau tahu.
Ring!!!
Telefonnya mula menjerit-jerit, memekak-mekak satu pejabat minta diangkat.
“Charisma customer services,” Dia menjawab panggilan itu dengan senyuman seperti kebiasaannya.
“Qaireen..masuk sekejap,”
“Hah??”
Tak sempat mengajukan soalan yang seterusnya, talian sudah dimatikan. Qaireen terpinga-pinga buat seketika. Dia bingkas bangun, dia tahu sangat siapa mamat jengkel yang menelefonnya tadi, Firash Farhan!
“Kak Mimi!”
“Kenapa Reen?”
“Saya rasa boss baru kita ni gila sikitlah, tiba-tiba suruh saya masuk jumpa dia, menyampah betullah!”
“Akak rasa dia jatuh cinta pandang pertama dengan kau agaknya,”
“Ohhh..please! Simpang tiang lampu tahu tak,”
Dia berlalu dengan muka penuh rasa tidak puas hati, entah apa yang si Firash tu mahukan kali ini. Dari tadi Qaireen dapat rasakan terlalu banyak aura negatif dan penolakan antara dia dan Firash. Sepertinya mereka berdua tidak akan ngam sebagai team mates di dalam department-nya itu.
Tok!tok!
Walau menyampah macam mana sekalipun, dia masih tahu beradab sopan bila melangkah masuk ke dalam pejabat boss-nya.
“Have a seat,”
“Ada apa yang boleh bantu En.Firash?” Soalan yang diajukan ada sedikit nada sindiran.
“Nothing, saya rasa report yang buat ni kurang kemas…cuba awak ubah sikit size tulisannya, standardizekan semua, bold kan…bagi nampak perbezaan,”
What on earth are happening right now??


Berkerut dahinya saat ini, tidak pernah ada sesiapa pun yang menegur cara kerjanya selama ini. Manager sendiri pun setiap kali Qaireen menghantar laproran bulanan tidak pernah memintanya ubah apa-apa. Tambahan pula benda remeh-temeh seperti itu, siapa saja yang mahu layan.
“Please Puan Qaireen…”
“Cik..please,” Belum apa-apa lagi Qaireen sudah potong percakapan Firash, bertambah geram dibuatnya.
“Okay, please Cik Qaireen…kemaskan kerja awak,”
“Baiklah En.Firash…as you wish,”
Sebaik saja Qaireen melangkah keluar, Firash tersenyum bangga. Entah kenapa dia berasa puas hati bila berjaya membuatkan Qaireen Nurjannah berasa sakit hati dan geram dengan dirinya.
“Sumpah aku tak faham apa yang tak kena dengan mamat sekor ni…”
“Kenapa Reen?” Farrah mula merapatkan kerusinya ke meja Qaireen.
“Benda remeh macam ni pun nak jadi hal,kau tengok ni..betulkan fontlah, tukar itulah..boldkan inilah…perfectionistlah sangat kan…puihh!” Ujarnya dalam keadaan marah, hari pertama dapat penolong pengurus baru pun sudah dibuli sebegitu rupa. Yang menghairankan lagi, kenapa dia seorang saja.
“Ikutkan sajalah Reen…apa nak buat, nama pun boss kan,”
“Kau tak kena lagi seronoklah…tunggu turn kau nanti…”
“Haih…kau sumpah aku Reen,”
“Diamlah Farrah,”

“Garang sangat kawan aku ni…hehe,”


..............bersambung...............

Thursday, June 6, 2013

Rasa sakit datang kembali

awak...
tak tahu kenapa...
tak tahu apa yang tak kena...
kenapa mesti dia rasa kembali sakit yang dah lama...
sakit yang dia cuba lawan berbulan lamanya...

awak...
bukan senang dia nak sembuh macam biasa...
bukan senang dia nak ukir senyuman ceria...
sebab sakit yang dia rasa bukan sakit yang boleh sembuh kalau jumpa doktor...
sakit yang dia rasa hanya masa saja yang mampu jadi penawar...

awak...
dia cuba tahan sebab dia tahu dia masih ada kudrat...
sebab sakit yang dia rasa apalah sangat...
itulah yang dia sentiasa dia cakap dan ingat...
dia yakin dia boleh gembira macam selalu...
dia pasti dia boleh bahagia macam dulu...
tapi sayangnya rasa dalam jiwa dia tak pernah layu...
semakin hari semakin kuat dia rasa rindu...

awak...
hati dia teguh...
takkan pernah roboh...
takkan berubah...
walaupun dia sendiri yang rebah...
walaupun sakit...
dia tetap bangkit...
dia setia...
sampai hujung nyawa...
itu janji dia...



Jangan Takut Bila Buat salah

Pesan dekat diri sendiri...
Jangan takut bila buat salah...
kadang-kadang kita banyak belajar daripada kesilapan yang kita pernah buat...
 Silap dan salah itu bukan satu jenayah berat...
Tak perlu kita nak takut sangat...
Tak perlu nak rasa serabut dan sarat...
Belajarlah dari kesilapan yang pernah kita buat...
esok-esok kita akan sentiasa beringat...

 
 



Wednesday, June 5, 2013

Ketandusan Idea

Dah berapa kali aku menyusun ayat...
Lantas entah berapa puluh juta kali aku tekan "Backspace"...
Memadam segalanya yang sudah sedia elok tersusun rapi...
Aku ketandusan idea malam ini...
yang aku buat selama beberapa jam ini cuma melihat saja skrin laptop...
walaupun segala macam idea sedang ligat menari di kotak minda...
tapi sayang...kenapa satu pun sudi diterjemahkan dalam perkataan...
Oh,tolonglah...
Aku perlukan idea dan aku ketandusan idea...


**berperang dengan minda sendiri...**

Tangisan Sebuah Kesetiaan (Bab 2)

BAB 2
Qaireen termenung di birai tingkap, menghirup angin malam sedalam-dalamnya. Mencari kembali kekuatan dan ketenangan hati.
“Reen,”
Satu suara lembut menyapa dari pintu, ya…dia tahu itu suara insan yang amat dikasihi dan disayanginya.
“Mama…” senyuman paksa dipamerkan, tapi dia tahu tak mungkin dia boleh sembunyikan segala rasa duka pada mama kesayangannya. Mama lebih tahu apa yang dia sedang alami.
“Reen, sudahlah…mama tak suka anak mama sedih macam ni. Keep moving on, sekarang Reen fokus pada kerja Reen saja. Manalah tahu, lepas ni jumpa Mr.Right kat tempat kerja,”
“Mama…kesitu pula dia, dekat pejabat Reen tu mana ada yang bujang pun. Semuanya laki orang mama tahu tak,”
“Manalah tahu nanti masuk yang bujang…” Ujar Puan Linda sambil tergelak kecil. Niatnya tidak lain, cuma mahu anak kesayangannya itu tersenyum kembali. Dah lebih seminggu Qaireen menjalani hari-hari yang menyakitkan, cuba melupakan lelaki yang bernama Hakimi.
“Kenapa nasib Reen selalu macam ni mama?” Soalan yang mamanya sendiri sukar mencari jawapan. Tapi Puan Linda tahu, saat ini anaknya itu cuma perlukan semangat untuk menghapuskan segala luka.
“Qaireen Nurjannah…setiap apa yang itu takkan terjadi tanpa sebab sayang…bersangka baiklah pada-Nya. InsyaAllah, ada lebih baik sedang menanti Reen di luar sana, Cuma perlu bersabar saja ya sayang,” Senyuman lebar Puan Linda akhirnya membuatkan Qaireen kalah, dari tadi dia cuba menahan takungan air matanya dari mengalir.
“Tak mengapa sayang anak mama…menangislah, sebab kadang-kadang manusia itu perlu menangis,”
“Thank you mama…”
“Please stay strong okay, mama, papa, abang Iqlas sentiasa ada untuk Qaireen,”

Malam itu berlalu dengan seribu satu kesedihan, dia berharap agar malam itu adalah malam terakhir buatnya merasa sesedih itu dan esok dia akan bangkit dari segala kepedihan dan kesakitan ini. Azamnya, no more love, no man, no cries.


.....bersambung......

Tuesday, June 4, 2013

Tangisan Sebuah Kesetiaan (Bab 1)

BAB 1
Qaireen memandang hampa telefon bimbit Sony Ericson miliknya. Entah kenapa dia masih berharap lelaki itu kembali menyulam cinta bersama. Padahal dia sudah tahu lelaki yang bernama Hakimi itu playboy terhebat yang pernah dia jumpa dalam hidupnya. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya, menyesal kerana mengenali lelaki itu dan menyesal kerana jatuh cinta dengan insan yang bernama Hakimi.
            Tak semena-mena ingatannya kembali menerjah memori lama, walaupun cuma beberapa bulan saja dia sempat berasa bahagia. Terkenang segala ayat-ayat serta janji manis dari mulut buaya darat itu.
Sayang, awak tahu kan bertapa specialnya awak dalam hidup saya…
Sayang, jangan risau…busy mana pun saya…you’re always be my number one…
            Oh my! Qaireen!
            Stop all these freaking thing! Kau tahu kan dia playboy, nasib baik terkantoi depan mata, bukti yang cukup jelas lagi nyata. Bukan main lagi, awek tinggalkan dialah, awek dia curanglah, ceh! Tup..tup…belakang aku, kau dengan awek kau elok jer keluar sama-sama, pegang tangan, makan bersuap lagi. Argh!!!! Penipu! Penipu! lelaki semuanya sama!
            Pang!!!
            Cawan kaca miliknya tiba-tiba saja terhempas ke lantai, satu pejabat menghalakan pandangan mereka tepat ke arah Qaireen. Mukanya mula merah padam, cuba menahan malu, mahu tergelak pun ada saat itu. Dia mula menyekeh kepala sendiri, terlalu melayan perasaan sampai habis semua benda rasa mahu dibaling.
            Padan muka! Siapa suruh emotional sangat, kan dah memalukan diri sendiri.
            Tanpa sedar harini cukup setahun dia bekerja di sebuah syarikat yang lebih dikenali dengan nama Charisma Records Management Sdn.Bhd, sebuah syarikat yang menawarkan servis penyimpanan rekod serta dokumen penting daripada syarikat-syarikat lain, bahasa mudahnya Records Center. Memegang jawatan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, setiap hari ada saja beratus-ratus permintaan daripada pelanggannya yang ingin menarik keluar segala dokumen yang disimpan di Charisma Records Management Sdn.Bhd.  
Paling memeningkan Qaireen apabila terpaksa berdepan dengan pelanggan yang sememangnya demand dan mahukan segalanya sempurna tanpa sedikit pun cacat cela. Saat itulah yang paling mencabar tahap kesabaran Qaireen selalunya, nasiblah dia memang penyabar orangnya. Tidak kira apa keadaan dan situasi sekalipun dia masih mampu tersenyum.
Samalah seperti keadaannya saat ini, walaupun hatinya sedang terluka, hancur berkecai bagaikan cawan kacanya yang baru saja terhempas jatuh tadi, mungkin lagi teruk dari itu, dia masih mampu tersenyum lagi. Mengapa setiap kali cintanya mula berputik dan mula mendalam, saat itu jugalah dia akan dikecewakan. Dia mula melepaskan keluhan berat, hati dan jiwa tidak tenang, dia mahu menangis tapi otaknya cakap tak guna menangis kerana lelaki seperti Hakimi.
“tweet..tweet…sms…”
Tiba-tiba saja telefon bimbitnya membingitkan diri, ada mesej baru saja masuk.
Sayang, I’m sorry..trust me, you always number one for me…walaupun saya dengan dia, awak tetap dalam hati saya. Percayalah… -Hakimi-
“Pergi jahanamlah dengan sayang kau!” Dia menjerit dalam hati, tidak semena-mena air matanya gugur dengan perlahan, segera diseka air mata itu sebelum ada yang perasan. Ya, Allah sakitnya dia rasa.
Lupakan! Just leave me alone okay…and please take care of your girlfriend. Stop being such a playboy…good bye!
Send!

Dia puas walaupun hatinya menangis, dia tak boleh terima semua kebodohan ini, dipermainkan, adakah perempuan ini tiada hati bagi seorang lelaki?? Depan dengan perempuan lain, belakang dengan perempuan lain.

bersambung....

Teaser...


Bakal kongsikan hasil nukilan sendiri...
Ada ke yang sudi membaca???


Beban dah jatuh tapi hidup baru bermula

Awak...
Dia cakap hari ini segala beban yang sarat sangat dia pikul selama ini dah semakin ringan dan semakin berkurangan...
Dia dah tak rasa serabut macam sebelumnya...
Dia dah tak rasa stress macam selalunya...
Tapi awak...
Dia bagitau bebannya dah jatuh tapi kehidupan sebenar dia baru nak bermula...

Awak..
Nasihatkan dia agar dia kuat semangat dan tak putus asa...
Nasihatkan dia agar dia boleh jadi manusia yang berjaya...



Sunday, June 2, 2013

Gila Kerja atau Kerja Gila

Tunggang terbalik hidupnya...
Malam dah macam siang..
Siangnya dah macam malam...
Dia kena kerja...
Tapi tak mahu terlalu gilakan kerja...
Keluar dengan matahari...
Balik dengan bulan dan bintang...
Itu bukan gila kerja tapi kerja gila namanya...
Apa nak buat...
Mahu hidup...
Kalau tak gila kerja siapa mahu bagi makan minum...
oohh kerja...separuh gila dibuatnya...
nasib tak betul-betul gila lagi...

Pengumpul..dan aku bukanlah penyumpul...

Episod : Skipkan coretan penuh puitis petang ini...

Hari ini ahad dan ianya hujung minggu, alhamdulillah hujung minggu berjaya di isi dengan pelbagai aktiviti yang mampu menghilangkan segala stress di benak fikiran. Ya, aku dilanda stress yang melampau sejak kebelakangan ini akibat terlalu memikirkan soal kerja yang tidak pernah habis, ditambah pula memikirkan soal masa depan yang aku sendiri tak pasti mana arah tujunya, tapi yang pastinya aku sudah susun dengan rapi perjalanan hidup agar tak terkeluar dari landasan. Okay...hentikan coretan yang merapu dan agak tidak ada kena mengena dengan tajuk.

Destinasi hari ini, Amcorp Mall di Petaling Jaya. Agak seronok sebenarnya menjengah ke sini. Kenapa??? Sebab bila kaki ini melangkah saja ke ruang legar Flee Market, aku rasa seperti sudah memasuki satu pintu gerbang yang membawa aku ke dunia lain. Dunia yang berabad ke belakang, ya...percayalah cakap aku. Kalau kau suka barangan antik dan lama, wajib datang Amcorp Mall sebelum pukul6...kau pasti akan suka.

Aku bukan pengumpul orangnya, sebab aku tahu barang-barang aku kumpul pasti merata hilangnya. Tapi hari ini, setem daripada Magyar Posta berjaya menarik mata aku untuk terus menyoroti keindahannya lantas menggerakkan hati untuk membelinya. Oh, ya...terima kasih kepada kamu yang telah membelikannya untuk aku.(Senyum dalam hati...hati pun tahu senyum...percayalah...).




Mengumpul barang lama adalah sesuatu yang akan buat kau seronok. Aku sendiri melihat dengan mata hati (ayat kau terlalu entah apa-apa..tolonglah!), bertapa seronoknya manusia-manusia di situ bila mereka dapat apa mereka mahu, mereka senyum lebar sampai telinga. Seperti aku...ya, aku senyum lebar bila dapat setem di atas. Koleksi pertama...



Cuba Belajar

cuba belajar bangun sendiri tiap kali terjatuh...
supaya esok-esok tahu apa itu erti berdikari dan hidup sendiri...

cuba belajar hargai orang-orang ada disekeliling...
supaya nanti takdalah kita terasa terasing...

cuba belajar ketawa dan senyum setiap saat...
takdalah hidup asyik suram dengan muka yang kelat...

cuba belajar sentiasa tahu nak hulurkan pertolongan pada yang perlu...
agar kita sedar dalam hidup ini manusia itu sebenarnya saling memerlu...

cuba belajar untuk setia dengan pasangan...
agar nanti takdalah kita melukakan perasaan orang...

cuba belajar untuk tidak curang...
agar nanti hubungan yang dibina dengan kepercayaan tidak kecundang di tengah jalan...

cuba belajar kenal erti apa itu sebenarnya cinta, rindu, kasih dan sayang...
agar diri ini tidak terus hanyut dan melayang...

cuba belajar untuk tahu apa itu kehidupan...
sebab dalam hidup ini ada pelbagai fasa putaran...

cuba dan cuba belajar...
kaji dan terus kaji...
hidup ini tak ubah seperti sebuah makmal eksperimen...
kita menjalani pelbagai fasa uji kaji...
mengenal mana yang pasti dan mana tak pasti...
tahu apa yang patut dan apa yang tak patut...

jangan terlalu banyak memberi sampai diri sendiri lara...
jangan terlalu kedekut sampai hati kering taknak tolong sesama manusia...

hidup ini perlu sedang-sedang saja...
kalau rasa tak mampu nak bertatih...
minta bantuan agar mampu meraih...
kalau rasa terlalu berat beban di bahu...
mengadulah pada DIA yang Satu...

*aku..baru belajar mengenal erti kehidupan...*

Dia Miss Rainbow..

Hari-hari walaupun dia menangis sampai keluar air mata darah sekalipun...
Akan ada satu masa yang boleh buat dia ketawa sampai tak ingat dunia...
Walaupun setiap saat dia rasa hatinya terguris kerana terluka...
Akan ada minit dalam hidupnya yang boleh buatkan hatinya terasa lega semula...

Dia Miss Rainbow...
Orang cakap tanpa hujan dan matahari pelangi takkan muncul..
Ibarat hidup Miss Rainbow...
Dia lalui semua duka dan derita...
Baru dia jumpa sejuta bahagia dan ketenangan jiwa...



*hadapi segala kepayahan...pasti akan ada kebahagiaan...**