BAB 1
Qaireen memandang hampa telefon bimbit Sony Ericson
miliknya. Entah kenapa dia masih berharap lelaki itu kembali menyulam cinta
bersama. Padahal dia sudah tahu lelaki yang bernama Hakimi itu playboy terhebat
yang pernah dia jumpa dalam hidupnya. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya,
menyesal kerana mengenali lelaki itu dan menyesal kerana jatuh cinta dengan
insan yang bernama Hakimi.
Tak
semena-mena ingatannya kembali menerjah memori lama, walaupun cuma beberapa
bulan saja dia sempat berasa bahagia. Terkenang segala ayat-ayat serta janji
manis dari mulut buaya darat itu.
Sayang, awak
tahu kan bertapa specialnya awak dalam hidup saya…
Sayang, jangan
risau…busy mana pun saya…you’re always be my number one…
Oh my! Qaireen!
Stop all these freaking thing! Kau
tahu kan dia playboy, nasib baik terkantoi depan mata, bukti yang cukup jelas
lagi nyata. Bukan main lagi, awek tinggalkan dialah, awek dia curanglah, ceh!
Tup..tup…belakang aku, kau dengan awek kau elok jer keluar sama-sama, pegang
tangan, makan bersuap lagi. Argh!!!! Penipu! Penipu! lelaki semuanya sama!
Pang!!!
Cawan
kaca miliknya tiba-tiba saja terhempas ke lantai, satu pejabat menghalakan
pandangan mereka tepat ke arah Qaireen. Mukanya mula merah padam, cuba menahan
malu, mahu tergelak pun ada saat itu. Dia mula menyekeh kepala sendiri, terlalu
melayan perasaan sampai habis semua benda rasa mahu dibaling.
Padan muka! Siapa suruh emotional sangat,
kan dah memalukan diri sendiri.
Tanpa
sedar harini cukup setahun dia bekerja di sebuah syarikat yang lebih dikenali
dengan nama Charisma Records Management Sdn.Bhd, sebuah syarikat yang
menawarkan servis penyimpanan rekod serta dokumen penting daripada
syarikat-syarikat lain, bahasa mudahnya Records
Center. Memegang jawatan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, setiap hari ada
saja beratus-ratus permintaan daripada pelanggannya yang ingin menarik keluar
segala dokumen yang disimpan di Charisma Records Management Sdn.Bhd.
Paling memeningkan Qaireen apabila terpaksa berdepan
dengan pelanggan yang sememangnya demand
dan mahukan segalanya sempurna tanpa sedikit pun cacat cela. Saat itulah yang
paling mencabar tahap kesabaran Qaireen selalunya, nasiblah dia memang penyabar
orangnya. Tidak kira apa keadaan dan situasi sekalipun dia masih mampu
tersenyum.
Samalah seperti keadaannya saat ini, walaupun
hatinya sedang terluka, hancur berkecai bagaikan cawan kacanya yang baru saja
terhempas jatuh tadi, mungkin lagi teruk dari itu, dia masih mampu tersenyum
lagi. Mengapa setiap kali cintanya mula berputik dan mula mendalam, saat itu
jugalah dia akan dikecewakan. Dia mula melepaskan keluhan berat, hati dan jiwa
tidak tenang, dia mahu menangis tapi otaknya cakap tak guna menangis kerana lelaki
seperti Hakimi.
“tweet..tweet…sms…”
Tiba-tiba saja telefon bimbitnya membingitkan diri,
ada mesej baru saja masuk.
Sayang, I’m
sorry..trust me, you always number one for me…walaupun saya dengan dia, awak
tetap dalam hati saya. Percayalah… -Hakimi-
“Pergi jahanamlah dengan sayang kau!” Dia menjerit
dalam hati, tidak semena-mena air matanya gugur dengan perlahan, segera diseka
air mata itu sebelum ada yang perasan. Ya, Allah sakitnya dia rasa.
Lupakan! Just
leave me alone okay…and please take care of your girlfriend. Stop being such a
playboy…good bye!
Send!
Dia puas walaupun hatinya menangis, dia tak boleh
terima semua kebodohan ini, dipermainkan, adakah perempuan ini tiada hati bagi
seorang lelaki?? Depan dengan perempuan lain, belakang dengan perempuan lain.
bersambung....
No comments:
Post a Comment