BAB 2
Qaireen termenung di birai tingkap, menghirup angin
malam sedalam-dalamnya. Mencari kembali kekuatan dan ketenangan hati.
“Reen,”
Satu suara lembut menyapa dari pintu, ya…dia tahu
itu suara insan yang amat dikasihi dan disayanginya.
“Mama…” senyuman paksa dipamerkan, tapi dia tahu tak
mungkin dia boleh sembunyikan segala rasa duka pada mama kesayangannya. Mama
lebih tahu apa yang dia sedang alami.
“Reen, sudahlah…mama tak suka anak mama sedih macam
ni. Keep moving on, sekarang Reen fokus pada kerja Reen saja. Manalah tahu,
lepas ni jumpa Mr.Right kat tempat kerja,”
“Mama…kesitu pula dia, dekat pejabat Reen tu mana
ada yang bujang pun. Semuanya laki orang mama tahu tak,”
“Manalah tahu nanti masuk yang bujang…” Ujar Puan
Linda sambil tergelak kecil. Niatnya tidak lain, cuma mahu anak kesayangannya
itu tersenyum kembali. Dah lebih seminggu Qaireen menjalani hari-hari yang
menyakitkan, cuba melupakan lelaki yang bernama Hakimi.
“Kenapa nasib Reen selalu macam ni mama?” Soalan
yang mamanya sendiri sukar mencari jawapan. Tapi Puan Linda tahu, saat ini
anaknya itu cuma perlukan semangat untuk menghapuskan segala luka.
“Qaireen Nurjannah…setiap apa yang itu takkan
terjadi tanpa sebab sayang…bersangka baiklah pada-Nya. InsyaAllah, ada lebih
baik sedang menanti Reen di luar sana, Cuma perlu bersabar saja ya sayang,”
Senyuman lebar Puan Linda akhirnya membuatkan Qaireen kalah, dari tadi dia cuba
menahan takungan air matanya dari mengalir.
“Tak mengapa sayang anak mama…menangislah, sebab
kadang-kadang manusia itu perlu menangis,”
“Thank you mama…”
“Please stay strong okay, mama, papa, abang Iqlas
sentiasa ada untuk Qaireen,”
Malam itu berlalu dengan seribu satu kesedihan, dia
berharap agar malam itu adalah malam terakhir buatnya merasa sesedih itu dan
esok dia akan bangkit dari segala kepedihan dan kesakitan ini. Azamnya, no more love, no man, no cries.
.....bersambung......
No comments:
Post a Comment