Saturday, December 21, 2013

13 years together...with love!

Bila hujung tahun semua manusia sibuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing. Apa tidaknya, yang boleh carry forward cuma 4 hari saja...dan aku sebab malas sangat nak fikir nak carry forward bagai...aku habiskan terus kesemua cuti yang ada...tak banyak pun cuma empat hari saja...pi lantakkan dia lah...balik kampung release tension, full-stop!! Balik kampung tercinta kat Kota Bharu, Kelantan...so excited!

Menghabiskan sisa-sisa cuti dengan pelbagai aktiviti, dan kami satu geng sekepala, sesama gila mencuba segala benda yang extreme..yes!! we love this kind of activities....apa kelas lepak shopping mall berjam-jam...First benda yang kami buat dah tentu cari kedai makan yang marvelous!! Korang pergi aja pasar Siti Khadijah tu...pulunlah makan apa yang korang nak...pekena sup perut ke...daging ke..perghh!!! hirup kuah sampai licin...kuih pun macam-macam kuih ada...sampaikan korang rasa  nak telan semua jenis kuih yang ada...

tengoklaa kuih yang ada ni..meleleh tak meleleh air liur??kau rasa??

Kenyang perut senang hati...ayuh menuju ke destinasi seterusnya...kami lepak tempat kesukaan kami apa lagi kalau bukan pantai Irama kat Bachok..at first sumpah bosan sebab tak nampak apa yang boleh kami buat. Nak mandi??kau gila nak tempah keranda?? Musim tengkujuh kot, ombak pun tengah mengganas dengan Maha Hebatnya...so we decided to sit down...rileks...enjoy the wind...gitewww...dan dah tentunya aktiviti utama kami..makan...
Dah rasa macam makanan wajib ada bila datang lepak kat pantai...sotong, udang, celup tepung bersama ayaq nyior..perghhh!!! maunyaaa nak tambah berpinggan dan bergelas-gelas...

Bila mana perasaan bosan membelenggu diri, akhirnya kami jumpa benda yang berjaya buat kami over excited!!! dan inilaaa dia....


Balik kampung jumpa kawan lama...
dah hampir 13 tahun rupanya...
dan alhamdulillah kita masih bersama...
walaupun tak selalu jumpa..
walaupun tak selalu berbicara...
tapi inilah sahabat namanya...
sentiasa ingat tak kira di bumi mana kita berada...


the best day ever with my girl!! walaupun tak selalu lepak...tapi bila dapat lepak macam ni...rasa macam nak balik zaman sekolah...rinduu sangat...

2 comments: