Saturday, December 21, 2013

13 years together...with love!

Bila hujung tahun semua manusia sibuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing. Apa tidaknya, yang boleh carry forward cuma 4 hari saja...dan aku sebab malas sangat nak fikir nak carry forward bagai...aku habiskan terus kesemua cuti yang ada...tak banyak pun cuma empat hari saja...pi lantakkan dia lah...balik kampung release tension, full-stop!! Balik kampung tercinta kat Kota Bharu, Kelantan...so excited!

Menghabiskan sisa-sisa cuti dengan pelbagai aktiviti, dan kami satu geng sekepala, sesama gila mencuba segala benda yang extreme..yes!! we love this kind of activities....apa kelas lepak shopping mall berjam-jam...First benda yang kami buat dah tentu cari kedai makan yang marvelous!! Korang pergi aja pasar Siti Khadijah tu...pulunlah makan apa yang korang nak...pekena sup perut ke...daging ke..perghh!!! hirup kuah sampai licin...kuih pun macam-macam kuih ada...sampaikan korang rasa  nak telan semua jenis kuih yang ada...

tengoklaa kuih yang ada ni..meleleh tak meleleh air liur??kau rasa??

Kenyang perut senang hati...ayuh menuju ke destinasi seterusnya...kami lepak tempat kesukaan kami apa lagi kalau bukan pantai Irama kat Bachok..at first sumpah bosan sebab tak nampak apa yang boleh kami buat. Nak mandi??kau gila nak tempah keranda?? Musim tengkujuh kot, ombak pun tengah mengganas dengan Maha Hebatnya...so we decided to sit down...rileks...enjoy the wind...gitewww...dan dah tentunya aktiviti utama kami..makan...
Dah rasa macam makanan wajib ada bila datang lepak kat pantai...sotong, udang, celup tepung bersama ayaq nyior..perghhh!!! maunyaaa nak tambah berpinggan dan bergelas-gelas...

Bila mana perasaan bosan membelenggu diri, akhirnya kami jumpa benda yang berjaya buat kami over excited!!! dan inilaaa dia....


Balik kampung jumpa kawan lama...
dah hampir 13 tahun rupanya...
dan alhamdulillah kita masih bersama...
walaupun tak selalu jumpa..
walaupun tak selalu berbicara...
tapi inilah sahabat namanya...
sentiasa ingat tak kira di bumi mana kita berada...


the best day ever with my girl!! walaupun tak selalu lepak...tapi bila dapat lepak macam ni...rasa macam nak balik zaman sekolah...rinduu sangat...

Saturday, October 19, 2013

aku tak kisah

orang bilang aku pelik...
orang bilang aku aneh...
orang cakap aku sukar difahami...
payah nak dijangka...
 

aku saja faham diri sendiri....
yang aku tahu...aku...
masih boleh ketawa walau hati terluka...
masih boleh senyum walaupun baru sesaat yang lepas menangis macam orang meroyan...
masih boleh melawak walaupun baru saja seminit lepas hati kena robek macam kena robek dengan parang tumpul...

aku...
orang cakap pelik...
aku tak kisah...
pelik itu membahagiakan aku...

#notakaki: accept me the way i accept you...giteww pun boleh...


 
 

Kenal Tak Lama Pun...


Assalamualaikum...

Kering idea...
Mungkin sebab otak ni sudah malas berfikir...
blog bersawang...
ku lantakkan saja...
tiap kali jemari menekan keyboard terus hilang kata-kata..
tak tahu nak cerita pasal apa...
last-last ini saja sajiannya...
layankan saja..usah banyak soal dan banyak tanya...

Kenal tak lama...
First time jumpa semua malu-malu saja...
Bila bercakap sopan santun budi bicara...
Nak ketawa mengilai pun cover-cover ayu kalah Fasha Sanda...*motif??*
Bila dah kenal..
Baru mengerti... 
perangai sama-sama gila...
Jiwa pun serupa...
Walaupun kadang-kadang tak serasi mana...
Nak jadi sahabat tak perlu ice breaking lama-lama...
cukup kau tahu dia boleh diharap..dan selalu ada...
tak kira susah ke senang...
cukup kau tahu...bila kau tak perlu banyak bicara...
dia tahu kau ada masalah besar dan sedang menangis dalam jiwa...
Nak jadi kawan sejati tak payah ikrar sehati sejiwa...
cukuplah kau tahu kau rasa bahagia bila mereka ada...
sedia hulurkan tangan bila rasa hampa dan kecewa...


sumpah...
kami kenal tak lama...
dalam rumah aku paling tua...
tapi jiwa sentiasa remaja...
bila datang idea gila-gila..
boleh sampai puncak broga dengan tiba-tiba...
lepas tu berendam si sungai tekala...

betul...
kami kenal tak lama...
dah setahun rupanya duduk bersama...
makan minum kongsi tak pernah berkira...
datang dari negeri yang berbeza...
tapi satu saja yang menyatukan kami semua...
PERSAHABATAN YANG TAK KENAL SESIAPA...

 

 #Notakaki: kali pertama shared gambar dekat blog ni...mana satu aku??tekalah sendiri...

Monday, September 23, 2013

Tolong Aku...

dah lama menyepi...
kesian rumah usang ni dibiar sendiri...
sunyi sepi tanpa coretan dari isi hati...
aku kembali...
memenuhkan ruangan dimensi ini...
beringat sesama insani..
sebab aku pun terkadang lupa...


tolong jagakan saya...
tolong tengokkan saya...
tolong ambil kisah tentang saya...
tolong ambil berat pasal saay...
tolong maafkan saya kalau saya silap...
tolong betulkan saya kalau saya salah...
tolong ingatkan saya kalau hanyut...
tolong panggil saya balik kalau saya jauh sangat tersasar...
tolong tengokkan langkahan saya andai saya tidak berpijak di bumi...
tolong...
tolong...
tolong...
saya manusia...
tak pernah sempurna...
selalu tersasar...
selau buat benda bodoh...
dan tak patut tanpa saya sedar..
tolong saya...
tolong...

#Notakaki: terkadang manusia tu memerlukan pembimbing dalam hidupnya..keluarga..teman...tolong bimbing mereka yg memerlukan...bukan dengan cara kasar..tapi cara halus melalui hatinya.. :)

Saturday, August 24, 2013

Tangisan Sebuah Kesetiaan (Bab 4)




BAB 4
Firash Farhan memacu laju Kia Forte berwarna merah miliknya, bibirnya mengukir senyuman puas. Tidak menyangka yang dia akhirnya akan bertemu dengan Qaireen Nurjannah di tempat kerja barunya.
Ya, dia kenal dengan wanita itu. Walaupun cuma mengenali paras wajahnya saja,dengan wanita itulah dia pernah bergaduh suatu ketika dahulu. Bergaduh kerana perkara temeh saja, berebut gelanggang futsal sewaktu mereka masih belajar di Universiti Teknologi Mara, Puncak Perdana suatu ketika dulu.
Dia kembali mengulit kenangan yang sentiasa mencuit hatinya, sayang dia hanya sempat berjumpa dengan Qaireen waktu itu saja. Tambahan pula mereka masing-masing sudah berada di tahun akhir pengajian peringkat Ijazah, malah berlainan jurusan pula. Qaireen merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat, dan dia pula pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.
Brader, boleh tak bagi can kami pula main malam ni? Korang kan dah main petang tadi,” Itulah ayat pertama yang terkeluar dari mulut Qaireen waktu itu. Memang dia minah brutal zaman belajar tapi dalam dirinya penuh cahaya kesopanan.
“Alah, kami yang sampai dulu kot,” Firash membalas, dia senyum saja tapi penuh sinis.
“Adillah sikit, kami pun nak main juga, nak lepaskan stress juga,”
“Korang kan perempuan, apa kata balik bilik layan cerita korea,”
“Serious sikit boleh tak? Pengetua Kolej buat gelanggang ni untuk dikongsi…bukan makan sorang!”
“Tak dengar…tak dengar…”
Sedang khusyuk bermain, tiba-tiba salah seorang daripada teman Firash tertendang kuat bola futsal lantas terkeluar dari gelanggang. Inilah saat-saat yang ditunggu-tunggu Qaireen, dengan pantas dia menangkap bola tersebut lantas menendang sekuat hati sehingga terlepas ke parit besar sebelah gelanggang futsal.
“Bola aku weii! Mahal tahu tak!”
“Nah! Aku gantikan dengan bola aku! Padan muka, puas hati aku!”
Qaireen berlalu dengan gelak tawa penuh kepuasan dalam hatinya, rasakan. Wanita sepertinya jangan cuba dibuat main.
Kerana peristiwa itulah dan pertemuan penuh kebencian itulah yang membuatkan Firash bertekad di dalam hatinya, jika diberikan peluang untuk bertemu kembali dengan Qaireen dia pasti akan balas dendam dengan menyakitkan hatinya pula.
Barangkali memang tuah memihak padanya, bila dapat tawaran kerja saja selepas 3 tahun bekerja dia dapat jawatan sebagai Penolong pengurus di syarikat yang sama di mana Qaireen bekerja. Inilah peluang terbaik buatnya untuk balas dendam, memang agak keanak-anakkan tapi apa dia peduli janji dia dapat sakitkan hati dan menyusahkan hidup wanita yang bernama Qaireen Nurjannah itu.


Tuesday, July 30, 2013

Luahkan saja kawan...tak mengapa...

seorang sahabat datang menyapa...
muram dan suram saja wajahnya...
aku tahu dia baru saja berendam air mata...
aku nampak dari wajahnya yang bermuram saja...
aku cuba tanya dia...
Kenapa??
Ada yang tak kena??
bagitau saja...
kau tahu kan aku sentiasa ada..
pendengar kau yang sentiasa setia...
tak kira saat dan masa...
air matanya mula mengalir deras...
aku tahu dia tengah berduka...
tapi tak tahu apa punca...
dia bilang hatinya diragut lantas ditoreh-toreh semahunya...
aku binggung tak mengerti maksudnya...
dia cakap dia kecewa...
hatinya kini penuh luka...
sia-sia dia setia...
menabur segala benih cinta bertahun lama...
ohh..faham juga aku akhirnya...
aku pun hairan apa yang manusia ni mahu sebenarnya?
sudah ada yang menyangi depan mata...
setia semahunya...
tapi masih lagi mengejar dan mahu mencari yang lebih sempurna...
tak tahukah kau saat kau ungkapkan kata-kata aku lebih cinta dia berbanding kau...
hati yang menelan rasa macam separuh gila...
dah dekat bertahun bersama baru kau cakap kau lebih cintakan orang ketiga berbanding dirinya yang selama ini kau puja...
gila!
sampai sekarang aku fikir....
kalaulah setia itu bukan pilihan tapi satu kemestian...
ku yakin takkan ada yang terluka...
takkan ada yang mendua...
hari-hari berdepan dengan sahabat yang terluka...
kau fikir jiwa aku tak terasa tempiasnya??
haruslah...
rasa nak lanyak muka-muka yang tak reti nak bersyukur seadanya...
pelik bila manusia cepat sungguh beralih hati...
sekelip mata...semuanya berubah...
baru semalam kau bilang cinta...
hari ini kau sudah membenci...
kawan...
aku tak penat mendengar keluhan kau...
menangislah...
bahu ini sentiasa ada untuk kamu...
ya...aku pinjamkan...ambil saja...sandar saja...
tapi berjanjilah dengan aku...
esok bangkit dan bangun dengan kau yang baru...
yang keparat biarlah keparat...
kau tu teruskan hidup...
kalau rasa sakit menangis saja...
itu saja pengubat luka hati yang kecewa...
tak mengapa...
aku ada...dan ingat Allah kan sentiasa ada...
sudah...
kesat air mata...
aku doakan kau kuat...dan insyaallah bakal lebih bahagia....
 

Sunday, July 28, 2013

Bahagia.berkat bulan mulia...

pejam celik...
pejam celik..
ramadhan tu kian berakhir...
sekejap sangat masa tu berlalu...
sampai diri ni tak sedar...
macam banyak sangat lagi yang belum dibuat...
macam tak cukup saja sebulan dengannya...
ya...
walaupun ramadhan kali ni tanpa kamu...
tapi aku bahagia sebab DIA...
yang tak pernah jemu...
memberi rezeki yang ada tidak kira waktu...
melimpahkan nikmat dan rahmat tanpa memilih bulu...
tidak kira kau kaya ataupun miskin...
semua sama di mata-Nya tanpa ada beza...
ya...
aku boleh bahagia walaupun tanpa kamu...
cuma masih bertatih...
masih berlatih...
agar satu masa nanti aku tak lagi merintih...
aku dah taknak bersedih...
biarlah aku kutip segala berkat yang ada di bulan mulia ni...
kau tak ada pun tidak mengapa...
yang penting sekarang aku belajar untuk lebih berasa bahagia...
walaupun tanpa kau bersama...


Wednesday, July 24, 2013

Jangan Tipu Aku Tahu Kau Rindu

semalam,
tiba-tiba handphone yang sunyi akhirnya berlagu...
tapi aku tak excited macam selalu...
sebab siapalah makhluk yang nak mesej aku...
tapi aku nampak nama kau...
aku nak senyum tapi kena cover takut hausemate tahu...
dia dah pesan jangan nak seronok sangat kalau dia cari...
takut nanti rasa sakit tu datang kembali...
tapi orang takkan faham bertapa berharapnya aku kita kembali macam dulu...
walaupun kau dah toreh hati ni hancur..berkecai seribu...
kau bilang..."i miss you,"
hati aku berbunga ya...aku mengaku...
walaupun ego aku tinggi menggunung kalah kinabalu...
aku tak tunjuk sangat aku rindu walau hakikatnya aku nak kau tahu...
aku lagi sejuta kali rindu dengan kamu...
dan aku tak pernah tahu...

 

Sunday, July 21, 2013

Lari Tajuk : Online Shopping untuk raya

maafkan aku...
entry kali ini lari dari tajuk...lari dari konsep...
tapi tak salah rasanya kalau nak tolong kawan-kawan...
majukan perniagaan...

dah nak dekat raya...
siapa-siapa yang masih belum beli baju untuk beraya..
gadis terutamanya...tapi kalau pakwe sweet2 nak belikan pun boleh...
boleh shopping baju raya dekat page ini...
peplum...baju kurung dress...jubah...dengan pelbagai design dan warna...
cantik-cantik belaka...

ada diskaun hebat katanya...
plus free post...

nah...
aku jamu sedikit buat kalian semua...









ini linknya...
sila...
jangan malu...
Aniji Shop


Saturday, July 20, 2013

Kebenaran itu pahit

Orang cakap kebenaran tu pahit...
Boleh buat hati kau sakit...
Sampai kau rasa semua tu sangat pedih dan perit...
Sakitnya sampai tahap kau rasa jerit...
Ya...
Kebenaran tu memang sakit kita nak terima...
Tapi kau tak boleh terus hidup dalam penipuan saja...
Kau macam bodoh sebab percaya sebulatnya kata-kata si keparat yang tak guna...
Mungkin sebab kau lurus bendul orangnya...
Apa orang cakap kau iya kan saja...
Hey...
Walaupun pahit kau kena terima...
Lagi bagus dari kau tak tau dan terus hidup dalam tanda tanya...
Sekarang dah kantoi..
Baru nak kelam kabut...
Baru sibuk...
Baru nak cover...
Sudah...
Kau buat taktau saja...
Penipu tak perlu dilayan...
Tak usah dipercaya...
Terimalah kebenarannya walau hati kau dah tertoreh...
Dah jangan nak toleh..
Jalan je terus kedepan...
Dengan senyuman dan bukan kesakitan...

Saturday, July 13, 2013

Cinta itu gila atau manusia??

Cinta itu indah...sampai bau kentut yang terperam seminggu pun cakap wangi macam bau perfurm siti nurhaliza...bila malam tidur pun tak berapa nak lena..pejam mata nampak wajah dia yang duk tersenyum saja...nak tidur kena dengar suara...barulah boleh bermimpi dengan hebatnya...cinta itu kadang-kadang boleh buat orang gila....rindu gilaa...sayang gilaa...setia gilaa...

Tapi ingat...cinta itu pun boleh bertukar menjadi sesuatu yang menyakitkan...sakit yang kau sendiri rasa macam taknak ingat...sampai kau rasa your life is over that night....

Tuesday, July 9, 2013

Tau tak apa rasa bila kena tipu???

Arghhh...sampai sekarang rasa nak marah. Lantaklah orang nak cakap aku meroyan tapi yang pastinya hati aku marah. Pernah tak rasa kena tipu dengan manusia yang kau percaya sebulatnya... (tiba-tiba lagu sebulatnya terngiang di cuping telinga)...bila kena tipu aku rasa mahu lanyak kau sampai jadi roti tisu lepas tu ku carik-carik lantas ku bagi saja anjing yang makan itu pun kalau dia mahu makan kau yang ku gelar penipu.....

Sungguh aku anti orang yang suka nenipu...tolong hentikan drama telenovela kau...nak muntah hijau aku dibuatnya...

Mood: bengang...maafkan aku...gambar tanda tahniah kerana anda dah menang award raja drama yang paling hebat abad ini

Sunday, July 7, 2013

Kenangan....

tak salah nak terkenang...
yang salahnya bila yang kau kenang buat air mata kau berlinang...
kenangan itu tetap jadi kenangan dah tak boleh kau ulang...
simpan saja dalam ingatan...
ingat yang indah sebab yang indah boleh berikan kau senyuman...

yang berlalu biarkan ia berlalu...
tak payah nak iring dengan rasa sayu dan pilu...
kau tu kena terus maju cari balik arah yang nak kau tuju...
yang perit, luka, pedih semuanya kau campak saja di situ...
tak payah susah-susah nak beratkan bahu...
cari jalan dan mulakan hidup kau yang baru...
 
kenangan itu tetap jadi kenangan...
 

Monday, July 1, 2013

Sepi

terlalu lama menyepi...
bukannya aku lari...
cuma ingin menyendiri...
tengah cuba rawat luka di hati...
haihh...
bukannya makin baik...
makin parah saban hari...
ubatnya pun tak jumpa lagi...
apalah nasib kau wahai hati...
mereka dah bertepuk tangan bahagia...
kau masih lagi terpinga-pinga...
tak tahu mana hujung pangkalnya...
ohh hati...
cukup-cukuplah kau nak tangisi...
bukannya dapat sebijik kereta ferrari...
hari-hari kau menangis sampai nak penuh satu baldi...
dah...
cukup!
kalau itu yang dia nak...
biarkan dia...
esok-esok dia menyesal...
dah kau pun tak perlu kesian...




Monday, June 17, 2013

Terkhianat

Pernah rasa dikhianati??
Tahu apa rasanya??
Hari-hari kita pasti tertanya-tanya...
kenapa? kenapa? dan kenapa??
Manusia ini banyak rasa...
Suka sangat ada perasan hasad dengki setiap masa...
Tak boleh tengok orang lain lebih bahagia...

Aku rasa dikhianati...
Malahan teman sendiri...
Tikam belakang tanpa aku sendiri sedari...
Tiba-tiba saja semua sudah jadi macam ni...
Agaknya dia rasa dia hebat sebab berjaya hancurkan hati...

Kenapa kau tergamak??
Apa kau tiada perasaan??

Cuba kalau orang rampas apa yang kau ada...
Apa kau mampu menahan rasa duka dalam jiwa??
Aku rasa kau gila agaknya...
Jangankan perasaan...isi perut pun belum tentu ada...

Aku harap kau bahagia...
sebab berjaya membuat sekeping hati terluka...
Kau boleh ketawa...
Tapi ingat balasan Tuhan itu ada...
DIA boleh bayar bila-bila masa...

Oh ya...
Terima kasih banyak-banyak...
Walaupun muka kau aku rasa nak lanyak-lanyak...
Rasa nak pijak-pijak...
Tapi aku bukan begitu orangnya...

Yang patut simpan dendam dan benci itu aku...tapi aku pilih untuk memaafkan kamu...

Friday, June 14, 2013

Sabarlah Hati...

Saat Kau datang dalam hidupku
Ku sangka ini cinta terakhir
Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung


Menari aku dengan gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis


Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku


Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu


Ternyata malam penuh bintang
Berakhir dengan mendung

Menari aku dalam gelisah
Lagi lagi lagi ku menangis


Meski hati sering dilukai
Takkan menyerah aku mencari cinta 


Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku


Tenang la jiwa iring langkahku
Ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu


Sabarlah hati menahan perih
Terluka lagi dan lagi dalam kisahku
Tenang lah jiwa…

Sabarlah wahai hati..
Jangan menangis..



---Song by Elly Mazlien----

buat semua insan yang pernah terluka dan diluka...semoga hati kalian terus tabah...kalaulah SETIA itu bukan satu pilihan tapi satu kemestian...ku yakin tidak akan ada hati yang terluka perit begini....

Tuesday, June 11, 2013

Dulu Ayah...Sekarang Giliran Aku...

Dulu aku ingat lagi...
Tiap kali hujung minggu ayah yang datang ke asrama...
Hati aku pasti berasa bahagia...
Apa tidaknya berjauhan dari ayah mama...
Terasa amat perit dan siksa...
Kalau datang tak pernah tangan kosong...
Pasti bawa bekal bersama...
Apa saja kesukaan aku pasti diusung...

Masih aku ingat lagi...
Tiap kali hujung minggu...
Aku pasti tunggu depan pintu...
Menanti nama aku di umum...
Aduh!!Terlalu rindu...
Cepatlaa...aku tak sanggup lagi tunggu...

Sekarang bila aku dah kerja...
ayah pula yang sambung belajar...
Nak naik pangkat katanya...
Kenalah belajar sambil tambah ilmu di dada...
Kalau dulu hujung minggu saja ayah dan mama yang datang...
Sekarang giliran aku pula datang bertandang...
Walaupun jauh jaraknya takku hitung...
Apa aku peduli janji aku dapat jumpa kekasih hati...
Ayah...dia sentiasa di hati....
Aku sayang ayah sampai mati...

Kelakar...
Kalau dulu ayah yang selalu pesan...
"Angah belajar rajin-rajin biar dapat grad dengan cemerlang,"
Sekarang giliran aku pula...
"Ayah...belajar rajin-rajin biar naik pangkat...kami pun bangga..."
Aku senyum...
Aku gembira...
Aku kagum...
Ayah memang kuat berusaha...
Walaupun sudah berusia...
Jiwa dia tetap muda remaja...

Ayah...
Kami sentiasa berdoa agar ayah berjaya...
Ayah pembakar semangat kami juga...
sayang ayah selamanya...
tiada ganti...tiada dua...tiada tiga...




Orang baling batu pun dia bagi bunga

pelik perangainya...
kenapa sabar sangat dia ni?
kenapa pemaaf sangat dia ni?
kenapa mudah lupa dia ni?

awak...
walaupun orang dah sakitkan hati dia...
walaupun orang dah toreh hati dia...
walaupun orang dah buat dia macam sampah...
dia masih boleh senyum dan masih boleh cakap...
"Saya okay saja..."
dia masih boleh cakap...
"takpe..saya maafkan awak...

awak...
dia doakan awak bahagia...
dia sakit tak mengapa...
janji awak gembira dan sentiasa ketawa...

Monday, June 10, 2013

Dia rasa dia dah gila...

Hari-hari dia mengadu...
Hari-hari dia bercerita...
Dia cakap dia rasa dirinya dah gila...
Apa dia buat semuanya nampak awak saja...
Dia toleh dinding dia nampak awak punya senyum manja...
Dia pandang tingkap dia nampak awak melambai pada dia...
Awak...
Dia memang dah gila...
Penangan terlalu cinta katanya...
Walaupun sebenarnya kisahnya sudah berakhir sekian lama...
Tapi dia tak pernah anggap semuanya berakhir...
Ya awak...
Dia sudah gila...
Dia mengaku dia gila...
Gilakan awak katanya...

Saturday, June 8, 2013

Antara nak makan maggie ataupun nasi

kadang-kadang nak makan pun aku serabut nak buat pilihan...
Antara nak makan maggie mahupun makan nasi...
Terlalu menebal rasa malas dalam diri...
Lantas memilih untuk makan saja maggie kari...
Padahal nasi lebih mengenyangkan...
Biasalah hidup ni semua nak senang..semua nak mudah...
Lebih rela makan maggie dari makan nasi...
Kalau ku pilih nasi pasti kena ada lauk sekali...
Nak tunggu siap semua kebulur perut ni nanti.....
Sama macam hidup zaman sekarang ni...
Kenapa??
Cubalah kau fikir sendiri...




**zaman sekarang semua nak senang...tanpa peduli, kadang-kadang nak kecap kesenangan dan keselesaan kena lalui jalan yang panjang...kita belum tentu akan dapat apa yang kita hajati walaupun lalui jalan yang singkat...samalah macam makan maggie, sekejap saja kenyangnya..malam nanti pasti cari nasi...***

Tangisan Sebuah Kesetiaan (Bab 3)

BAB 3
Pagi-pagi lagi telefon bahagian khidmat pelanggan tidak henti berdering. Itulah rutin hariannya, menjawab segala panggilan, menyiapkan segala report mingguan. Hari ini semangatnya lain macam saja, khusyuk menyiapkan segala kerja yang dirasakan tertangguh dua minggu yang lalu.
“Wah, Reen…semangat nampak harini,”
Sapaan rakan sekerjanya yang lebih mesra dipanggil Kak Mimi mematikan fokusnya buat seketika.
“Eh, Reen hari-hari pun semangat Kak Mimi. Akak je yang tak perasaan,” Lebar saja senyumannya harini. Ya, dia mampu tersenyum kembali.
“Minggu sebelum ni, akak nampak Reen macam hilang semangat. Asyik termenung je depan monitor tu, bila customer call pun Reen angkat layan tak layan saja. Akak perasan, tapi saja malas nak tegur,”
“Hehe, biasalah cukup bulan kan,” Selorohnya, kalau boleh tak mahu ungkit kisah duka itu lagi. Biarlah dia saja yang tahu.
“Kak Mimi! Reen!” Suasana yang sederhana hingar itu ditambahkan lagi bingitnya dengan jeritan Farrah dari jauh.
“Kau dah kenapa Farrah? Nampak hantu ke?” Soalan yang sedikit berbaur sinis daripada Kak Mimi.

“Good News! Finally kita akan dapat boss baru!”
“Boss baru? You mean Assistant Manager yang baru?”
“Yup! You right my dear Qaireen!”
“Okay, so? Kenapa kau excited sangat? I thought you’re engaged already?”
“My Qaireen…too handsome to handle okay!”
“Nenek kau! Aku bagitau Mirza nanti, mahu menangis tak berlagu,”
“Alaaa Kak Mimi ni, janganlah macam tu,”
“Bila dia nak masuk sini Farrah?” Soal Qaireen, melayan si Farrah yang sedang beria dan begitu hebat sekali nak menghebahkan kedatangan boss baru.
“Tadi si Badrul bagitau aku, petang ni waktu management meeting nanti. Kali ni semua kena ada, sebab our manager nak kenalkan our new Assistant Manager,”
“Semangat sangat kau ni…dahlah Farrah, malas aku nak layan kau ni,”
“Hey…aku tak suruh kau layan aku pun Reen,”
“Eh, Farrah…baik kau sambung buat kerja kau, ni phone pun tak stop membingit tau tak,”
“Baik Kak Mimi,”      

Handsome sangat ke? Sampai si Farrah tu melompat macam tu sekali. Lantaklah! Peduli pula aku, baik aku siapkan semua kerja aku ni. Malaslah nak stay lama-lama dekat pejabat, malam ni dah janji nak family dinner dengan mama, papa, abang Iqlas. Dah lama sangat tak dinner sama-sama.
            Tepat jam 2.00 petang, kesemua pekerja Charisma Records Management Sdn.Bhd mula berkumpul memenuhi ruang bilik mesyuarat. Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran orang baru yang khabarnya memang Mr. Perfectionist.
 “Baiklah semua, thank you for your time today. Seperti yang kita dah sedia maklum, harini kita nak alu-alukan kedatangan ahli baru team kita…Encik Farish Farhan, our new Assistant Manager bahagian Pengurusan operasi dan khidmat pelanggan,” Pengurus bahagian Khidmat Pelanggan dan Operasi, En.Balan membuka tirai petang itu dengan memperkenalkan penolong pengurus yang baru.
Tepukan gemuruh mula memenuhi ruang bilik mesyuarat petang itu. Sebaik saja nama diperkenalkan, mata semuanya mula tertumpu pada sesusuk tubuh seorang lelaki yang berkulit sawo matang, rambutnya pula kemas walaupun tak ubah seperti potongan seorang pemain bola. Badannya tegap, tinggi lampai, senyuman cukup lebar dan bisa mencairkan hati mana-mana wanita, anak mata yang berwarna sedikit coklat jernih jka direnung mampu menggugat segala hati.
Qaireen pula khusyuk melayan game di dalam telefon bimbitnya, malas mahu ambil tahu segala apa yang sedang terjadi di dalam bilik meeting petang itu. Cukuplah dia sekadar tahu nama boss barunya dan bagaimana rupa tuan empunya badan.
Not bad, handsomelah juga.
Dia cuma mampu mencebikkan bibirnya di saat lelaki itu berdiri dan mula memperkenalkan dirinya. Dibiarkan saja lelaki itu bercakap mengenai dirinya sehingga ke nokhtah terakhir.
Hampir tiga jam mesyuarat berlangsung selain daripada agenda utamanya adalah memperkenalkan Assistant Manager yang baru, setiap staff daripada bahagian khidmat pelanggan, operasi, marketing, sales akan tampil membentang isu-isu yang berbangkit dan menyelesaikan setiap masalah yang ada.
Selesai saja mesyuarat dan disaat semuanya bersurai, Firash mula bertemu dengan setiap pekerja di bahagian operasi dan juga khidmat pelanggan. Cuba menghafal setiap nama yang ada, sebolehnya dia mahu ingat semua orang yang bekerja di bahagian itu, tambahan pula dia penolong ketua pengurus. Seharusnya dia lebih mengenali pekerjanya.
Bila tiba giliran Qaireen, dia lihat wanita itu khusyuk mengadap monitor, jemarinya laju saja menaip setiap perkataan tanpa henti.
“Hai…saya tak tahu pula dalam pejabat ni ada transformer perempuan,”
What?! Transformer??suka hati kau ajelah nak panggil aku macam tu.
“Sorry???” Saat ini dahinya mula berkerut tanda tak puas hati.
“Tadi dalam bilik meeting, saya perasan awak khusyuk sangat main handphone,”
“Jangan risau, telinga saya tak rosak lagi…saya dengar je apa yang En.Firash cakap,” Senyumnya sinis, yang pastinya jemarinya masih lagi pantas menekan papan kekunci.
“I’m watching you Qaireen,”
“Baik Boss,”
Tahu pula dia nama aku, ingat aku takut sangat dengan kau?? Nak main ugut-ugut pula dengan aku. Kau tu Assistant Manager je pun, jangan nak berlagak dengan aku mentang aku baru setahun kerja dekat sini.
Qaireen kembali menumpukan perhatian pada kerja-kerjanya yang tertangguh. Malas mahu melayan boss barunya. Walaupun dia tahu lelaki itu sedang memerhatikannya dari bilik pejabatnya.
Tengok…tengok…aku cungkil biji mata tu baru tau. Baru masuk harini dah cari salah aku. Menyampah betullah dengan orang bajet perfectionist ni, rimas kau tahu.
Ring!!!
Telefonnya mula menjerit-jerit, memekak-mekak satu pejabat minta diangkat.
“Charisma customer services,” Dia menjawab panggilan itu dengan senyuman seperti kebiasaannya.
“Qaireen..masuk sekejap,”
“Hah??”
Tak sempat mengajukan soalan yang seterusnya, talian sudah dimatikan. Qaireen terpinga-pinga buat seketika. Dia bingkas bangun, dia tahu sangat siapa mamat jengkel yang menelefonnya tadi, Firash Farhan!
“Kak Mimi!”
“Kenapa Reen?”
“Saya rasa boss baru kita ni gila sikitlah, tiba-tiba suruh saya masuk jumpa dia, menyampah betullah!”
“Akak rasa dia jatuh cinta pandang pertama dengan kau agaknya,”
“Ohhh..please! Simpang tiang lampu tahu tak,”
Dia berlalu dengan muka penuh rasa tidak puas hati, entah apa yang si Firash tu mahukan kali ini. Dari tadi Qaireen dapat rasakan terlalu banyak aura negatif dan penolakan antara dia dan Firash. Sepertinya mereka berdua tidak akan ngam sebagai team mates di dalam department-nya itu.
Tok!tok!
Walau menyampah macam mana sekalipun, dia masih tahu beradab sopan bila melangkah masuk ke dalam pejabat boss-nya.
“Have a seat,”
“Ada apa yang boleh bantu En.Firash?” Soalan yang diajukan ada sedikit nada sindiran.
“Nothing, saya rasa report yang buat ni kurang kemas…cuba awak ubah sikit size tulisannya, standardizekan semua, bold kan…bagi nampak perbezaan,”
What on earth are happening right now??


Berkerut dahinya saat ini, tidak pernah ada sesiapa pun yang menegur cara kerjanya selama ini. Manager sendiri pun setiap kali Qaireen menghantar laproran bulanan tidak pernah memintanya ubah apa-apa. Tambahan pula benda remeh-temeh seperti itu, siapa saja yang mahu layan.
“Please Puan Qaireen…”
“Cik..please,” Belum apa-apa lagi Qaireen sudah potong percakapan Firash, bertambah geram dibuatnya.
“Okay, please Cik Qaireen…kemaskan kerja awak,”
“Baiklah En.Firash…as you wish,”
Sebaik saja Qaireen melangkah keluar, Firash tersenyum bangga. Entah kenapa dia berasa puas hati bila berjaya membuatkan Qaireen Nurjannah berasa sakit hati dan geram dengan dirinya.
“Sumpah aku tak faham apa yang tak kena dengan mamat sekor ni…”
“Kenapa Reen?” Farrah mula merapatkan kerusinya ke meja Qaireen.
“Benda remeh macam ni pun nak jadi hal,kau tengok ni..betulkan fontlah, tukar itulah..boldkan inilah…perfectionistlah sangat kan…puihh!” Ujarnya dalam keadaan marah, hari pertama dapat penolong pengurus baru pun sudah dibuli sebegitu rupa. Yang menghairankan lagi, kenapa dia seorang saja.
“Ikutkan sajalah Reen…apa nak buat, nama pun boss kan,”
“Kau tak kena lagi seronoklah…tunggu turn kau nanti…”
“Haih…kau sumpah aku Reen,”
“Diamlah Farrah,”

“Garang sangat kawan aku ni…hehe,”


..............bersambung...............