Tuesday, May 14, 2013

Dia tak sama macam yang lain

Awak...
Dia tak sama macam yang lain...
Tak suka boleh campak ke tepi...
Bila benci boleh cari ganti...

Awak...
Dia tak mudah membenci...
Nak berdendam jauh sekali...
Bila sayang dia beri seikhlas hati...

Awak...
Dia bukan minta simpati...
Cuma sampai sekarang dia tak mengerti...
Perlu ke semua ni terjadi...
Dia tak pernah cari sesiapa bila sunyi...
Malam-malam dia di dodoikan dengan mimpi-mimpi...
Dia mimpi indah awak...sebab tu kalau boleh dia tak mahu bangun awal pagi...

Awak...
Tak mengapa...
Jangan risau...
Memang hati kita sedang galau...
Tapi semua perit ni kita sama-sama halau...

Awak...
Dia memang takkan sama macam yang lain...
Dia pegang teguh ikrar hati...
Dia pernah cakap nak awak yang pertama dan juga terakhir...

Ya awak...
Dia memang takkan sama macam yang lain...
Dia janji nak jaga hati dia untuk awak sampai mati...

No comments:

Post a Comment